CYBERSECURITY: SELAMATKAN TELEFON ANDA DARI ANCAMAN
15 Ogos 2025 | Aktiviti TerkiniPada Khamis, 14 Ogos yang lalu, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Bengoh telah menyertai Program Cybersecurity iaitu Webinar bertajuk Selamatkan Telefon Anda Dari Ancaman yang dijalankan secara atas talian. Kelas tersebut berlansung selama satu jam setengah iaitu dari pukul 3:00 petang sehingga pukul 4:30 petang dan disertai oleh seorang peserta.
Webinar ini membincangkan keselamatan telefon pintar dengan menekankan ancaman seperti spyware, phishing SMS, aplikasi palsu dan penipuan e-wallet. Peserta akan didedahkan dengan kaedah perlindungan asas seperti tetapan keselamatan, kemas kini sistem, serta semakan kebenaran aplikasi. Turut disertakan demonstrasi langsung ‘phone tapping’ dan aktiviti interaktif mengenal pasti aplikasi tiruan.
Kami berharap agar apa yang peserta tersebut pelajari pada hari ini dapat dijadikan tunjuk ajar dan pengetahuan untuk dikongsikan dengan rakan-rakan lain pada masa hadapan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: